[Terkini] Koperal Polis dan Jururawat m4ut, ” Motosikal mereka bertembung sesama sendiri 6.45 pagi tadi ” (5Gmbr)
Balik Pulau : Anggota polis dan jururawat men1nggal dunia dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, di sini, hari ini, selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain
Dalam kejadian pada jam 6.45 pagi itu, Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala jururawat, Norsyazwani Roslan, 30, dilapor men1nggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Balik Pulau.
Difahamkan, Muhammad Zohair yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya itu dalam perjalanan dari Relau menuju ke Balik Pulau.
Manakala Norsyazwani yang bertugas di Hospital Bertam pula menunggang motosikal dari arah Balik Pulau menuju ke Relau.
Namun, sebaik tiba di lokasi, motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain menyebabkan Muhammad Zohair m4ut di tempat kejadian.
Norsyazwani yang mengalami ceder4 dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi mendapat rawatan lanjut bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
M4yat m4ngsa dihantar Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,Difahamkan, jen4zah Muhammad Zohairakan dikebumi di Arau, Perlis.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kemalangan itu.Al fatihah