“Fitn4h Pun Satu Rezeki, Ujian Yang Berikan Kekuatan,” – Fizo Omar
Pelakon, Fizo Omar menzahirkan rasa syukur kehadrat Illahi diatas segala nikmat yang telah dikurniakan kepadanya selama ini.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, segalanya tidak akan boleh berlaku tanpa izin daripada yang maha Esa.
“Small family with big happiness. Syukur Alhamdulillah, rezeki kebahagiaan dan kesihatan daripada dari Allah. Semoga Allah berikan ketenangan buat semua,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut merasakan rezeki Allah hadir dalam pelbagai cara sekiranya kita melihatnya daripada sudut pandang yang positif.
pelbagai bentuk. Difitn4h pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengaitkan posting Fizo itu dengan kenyataan yang dikeluar oleh bekas isterinya yang juga merupakan usahawan terkenal Mawar Karim baru-baru ini.
Terdahulu, Mawar dikatakan telah berkongsi foto tangkap layar yang memaparkan komen netizen yang menegur mengenai penampilannya yang dikatakan tidak lagi secantik ketika menjadi isteri Fizo.
Tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, Mawar memaklumkan kehidupannya kini semakin tenang lebih-lebih lagi selepas duitnya dikatakan tidak lagi lesap.
Sekadar informasi, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda.
Malah, baru-baru ini juga, Fizo memaklumkan isterinya itu kini sedang hamil anak kedua.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mawar namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar