Teringin nak gambar ada tangan, permintaan lelaki OKU sentuh hati warganet, ketulusan cinta isteri dipuji
TERINGIN memiliki gambar dengan tangan yang sempurna, demikian kongsi Nor Aika Masor tentang permintaan suami tercinta, Mohd Jafri Daud.
Foto pemuda kurang upaya (OKU) berbaju Melayu jelas menampakkan bahagian siku ke bawah tanpa tangan menyentuh hati ramai.
Assalammualaikum. Suami mintak edit gambar diletak tangan. Katanya teringin nak ada tangan,” titip Nor Aika, 28.
Tular di grup Facebook Edit Apa Hari Ni, foto Mohd Jafri, 32, atau dikenali sebagai Pak Do jadi bualan.
Tinjauan SinarPlus mendapati hantaran berkenaan menerima 11,000 reaksi dan lebih 500 komen daripada pengguna Facebook.
Rata-rata warga maya berkongsikan gambar yang disunting dengan hasil yang menakjubkan.
-“Saya cuba seadanya ya sis. Suami anda insan yang hebat.”
-“Subhanallah, Allahuakbar. Semoga diberkati.”
Abang cukup sempurna di mata kami, semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki selalu.”
Menurut Nor Aika, keadaan tangan suaminya adalah sejak lahir lagi. Biarpun Mohd Jafri berbeza fizikal namun lelaki itu cukup istimewa di matanya.