“Air muka macam banyak masalah dia fikir”- netizen mula risau tengok perubahan terkini Syamsul Yusof!
MESKIPUN diduga dengan kemelut rumah tangga bersama isteri Puteri Sarah Liyana, pengarah Syamsul Yusof masih lagi meneruskan kerja-kerja penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster.
Biarpun sibuk di lokasi penggambaran, Syamsul, 39, dilihat ‘sporting’ melayan peminat yang ingin merakamkan foto bersamanya.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian video seorang peminat di TikTok mencuri perhatian netizen kerana susuk tubuh Syamsul yang dilihat berbeza dan semakin kurus.
Syamsul kini sibuk di set pengambaran filem The Original Gangster.
Rata-rata peminat meluahkan kerisauan melihat keadaan fizikal pengarah filem Mat Kilau itu.
muka macam banyak masalah dia fikir. Macam susut je badan. Tapi tetap sporting layan peminat.
“Besar betul dugaan Sol ni. Semoga dipermudahkan. Ujian untuk dia. Tengok muka pun macam banyak pendam masalah. Sedih pula tengok.
“Kurus dah. Kusut nampaknya. Semoga dipermudahkan urusan mereka,” tulis netizen.
Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.
Antara komen-komen peminat yang risau melihat keadaan Syamsul.
Susulan daripada pendedahan itu, isteri pertamanya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan permohonan cerai secara baik pada pada 16 Januari lalu.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Wanita Ini Dapat Bergambar Dgn Syamsul Yusof. Selepas Video Itu Tular, Ini Komen Yg Banyak Wanita Itu Terima.
Masih belum reda cerita tentang Syamsul Yusof kahwin dengan Ira Kazar sehinggakan isteri pertama beliau Puteri Sarah menuntut cerai kerana tidak sanggup bermadu.
Kisah mereka seperti di dalam sebuah drama TV slot pukul 7 malam dan dijangkakan masih panjang.