Kerajaan umum Tol lebuh raya BESRAYA, LEKAS Turun mulai tengah malam ini K4114 https://metroharianmalaysia.blogspot.com/2022/10/hiingny-hrpn-keiurg-rider-f00dpnd-m4ut.html
Pasir Salak: Seorang pengusaha bengkel kenderaan maut selepas dirempuh kereta lumba dalam pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, dekat sini, petang semalam.
Mangsa diberikan rawatan segera oleh pasukan pegawai perubatan yang sudah bersedia di kawasan litar sebelum perlumbaan bermula,” kata Mohd Yusri dalam satu kenyataan malam tadi.
Mohd Yusri berkata, mangsa yang parah kemudiannya dibawa ke Hospital Changkat Melintang, namun disahkan meninggal dunia jam 5 petang semalam ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.
Mohd Yusri berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Litar Dato’ Sagor diuruskan oleh sebuah syarikat pengendali yang menyewa dari Majlis Daerah Perak Tengah, manakala penganjur pertandingan hari ini pula menyewa dari syarikat pengendali itu,” katanya.
Rakaman berhubung kejadian itu tular di media sosial.
Terdahulu, mangsa sempat memuat naik status di facebook sebelum menghadiri perlumbaan tersebut.
Macam mana aku boleh lupa… maaf la… PA x da jd lagu ni la. Bengkel on ya.. aku ja x da. Off to dato sagor..kg gajah.” – Mangsa
“Innalillah.. perlumbaan ni bukan boleh suka2 buat klu x faham perihal keselamatan. Kat litar terbuka mcm dato sagor ni patut utk individu training boleh la apa2 hal tanggung sendiri bukan utk penganjuran apa2 sukan lumba. X pasal2 trek boleh kena tutup entah berapa lama & penganjur boleh masuk ‘dalam’.” – Abu Nazifah