Aliff syukur Fatin Afeefa masak ‘maggi’, menu pertama selepas jadi su4mi ist3ri
Selepas mengadakan pernikahan secara tertutup, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang berkongsi momen romantis apabila aktres tersebut memasak mi segera sebaik selesai majlis mereka.
Menerusi satu perkongsian video di InstaStory, Aliff yang juga seorang usahawan meluahkan kesyukuran apabila dapat menjamah air tangan pertama insan tersayang selepas bergelar suami isteri.
Aliff berkata, nilai menu dihasilkan bukan menjadi keutamaan sebaliknya kenangan yang dicipta bersama perlu dihargai dalam perhubungan rumah tangga.
“Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan,” katanya dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.
Selain itu, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy hasil perkahwinan terdahulu yang tidak dikongsikan secara lanjut.
Sumber: Instagram Aliff