“Apa yang perlu dibincang..Jumpa di luar…” Ibu Ira Nak jumpa Ibu syamsul? Datuk Yusof Haslam trpaksa dedah ini
Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil berkongsi rasa leganya selepas kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sarah sendiri menerusi sebuah muat naik di Instagram, sebentar tadi.
Seakan reda dengan suratan takdir yang tertulis, Sarah telah memuat naik gambarnya membelakangi kaabah diiringi kapsyen yang menceritakan tentang lumrah kehidupan.
“Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur.” Itu jawapan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, ketika ditanya adakah beliau akan bersemuka dengan besan, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang hangat diperkatakan netizen. Yusof berkata, selain tiada keperluan, beliau enggan masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan.
Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja. “Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya. “Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya kepada BH Online.
Mengenai reaksinya jika Kazar berhasrat bertemu keluarganya bagi menjernihkan keadaan, Yusof enggan mengulas demi menjaga hati banyak pihak termasuk isterinya, Datin Patimah Ismail. “Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.
Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya. “Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya,” luahnya.
Syamsul Yusof dan Ira Kazar. Ini nama yang menjadi sebutan di Malaysia ketika ini. Semuanya bermula selepas Syamsul, 39, yang juga pengarah popular tanah air itu membuat pengumuman di Instagram, Jumaat lalu yang dia sudah bernikah lagi satu dengan Ira, anak kepada pelakon, Kazar Saisi.
Syamsul berkata, dia melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar. Mereka dinikahkan Naib Kadi Syariah Wilayah Songkhla, Thailand, Haji Arfee-i Kayem.
Sejak itu, Syamsul dan Ira dikritik hebat netizen dengan tindakannya berkahwin lagi satu itu terutama daripada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan ibu Syamsul sendiri, Datin Patimah Ismail. Malah, Patimah terang-terang tidak bersetuju dan merestui perkahwinan itu.
Walaupun bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam dilihat agak berdiplomasi, namun sedikit-sebanyak beliau turut kecewa dengan tindakan Syamsul itu. Syamsul tidak menafikan dirinya terkesan dengan situasi ketika ini. Berikut luahan Syamsul mengenai situasi yang berlaku ketika ini menerusi temubual eksklusif bersama Harian Metro.
Apa yang mendorong Syamsul untuk berkahwin lagi sebenarnya? Saya tidak mahu sekadar menjawab bahawa ia adalah jodoh kerana saya tahu itu jawapan klise. Malah jika saya katakan saya mampu beristeri dua juga akan jadi klise. Jika saya katakan saya jatuh cinta dengan Ira juga barang kali tidak memadai. Kalau saya katakan ini takdir, pasti ada yang tidak puas hati.
Apa saja yang saya katakan untuk menjawab soalan ini pasti menimbulkan lebih banyak kata-kata dan fitnah. Saya berserah, tetapi yang penting saya bersyukur kerana sudah sah bernikah dan itulah yang seelok-eloknya. Kenapa tidak bernikah saja di Malaysia dan mulakan dengan meminta kebenaran isteri pertama, Puteri Sarah Liyana? Memang boleh bernikah di Malaysia, lebih-lebih lagi wali saya adalah bapa kandung Ira sendiri.
Bagaimanapun, proses kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka. Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya. Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. Saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya.
Saya juga ada dua anak menerusi perkahwinan pertama iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Saya pinta ‘bantailah’ saya sebanyak mana pun, tetapi saya sentiasa akan berusaha untuk mempertahankan anak-anak saya juga. Sejak sebelum ini, setiap kali saya melihat di media-media sosial yang menghentam saya, fikiran saya terus kepada anak-anak, ibu bapa dan dua isteri saya
Saya memang tidak mahu sesiapa terluka. Saya juga faham memang mereka tidak akan mudah terubat dan saya hanya mampu berdoa agar masa menjadi ubat kepada segala-galanya. Syamsul sudah berdepan dengan bapa, Datuk Yusof Haslam ibu, Datin Patimah Ismail?
Seperti yang kerap saya katakan dalam hantaran-hantaran video saya, ini adalah soal peribadi dan soal keluarga. Saya sudah menonton video tangisan ayah dan saya sudah membaca komen-komen mama menerusi media sosial. Saya tidak pernah berniat untuk membelakangkan ayah dan mama. Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima. Namun, seperti saya kata tadi ia adalah mengenai masa. Saya berdoa agar masa mengubat kami semua.
Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama. Saya tahu ia bukan mudah. Insya-Allah saya tidak akan pernah berhenti mencuba. Doakan.
Apa langkah Syamsul untuk berdamai dengan isteri pertama? Saya akan berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Puteri Sarah. Saya tahu kini dia masih marah. Malah barangkali seluruh keluarga saya marah dengan saya. Berilah saya masa untuk mendamaikan semuanya satu-persatu. Saya perlu letakkan keutamaan segera. Paling penting ialah anak-anak kerana mereka adalah nyawa saya.
Terus terang, saya tidak ada jawapan yang boleh buat semua orang gembira ketika ini. Saya hanya boleh katakan bahawa hanya masa yang boleh mengubat semua kelukaan itu. Nampaknya bukan hanya keluarga Syamsul dan Puteri Sarah yang mempertikaikan keputusan Syamsul ini, tetapi netizen termasuk mereka yang meminati kerja Syamsul juga mengkritik hebat tindakan Syamsul ini?
Saya tahu dan saya sedar dengan pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada saya. Saya pinta satu saja. Segala amarah itu tujukan kepada saya saja. Kalau nak salahkan, salahkanlah saya. Kalau nak dibenci, bencilah saya. Janganlah dikatakan apa-apa yang tak manis terhadap isteri-isteri saya, Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Jangan dikata apa-apa yang tidak manis terhadap mama dan ayah saya. Janganlah kaitkan anak-anak saya dalam perkara ini. Mereka sudah makin dewasa dan mereka juga tahu membaca. Luluh hati saya kalau mereka membaca apa yang saya baca mengenai diri saya ketika ini. Kepada semua yang mengkritik saya, percayalah saya akan mencuba sedaya-upaya untuk menjaga semua hati yang ada dekat dengan saya ketika ini
Ada masanya saya gagal kerana saya juga manusia biasa. Walaupun ada kalanya saya terjatuh, saya berusaha untuk bangun semula.
Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Terima kasih ayah kerana seolah-olah masih ada perasaan yang ayah barangkali memahami dan merestui. Namun itu bukan bermakna Syamsul puas hati begitu saja kerana Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. Insya-Allah.