“Aku Merindukan Mu, Setengah Matl..” Puteri Sarah Iuah sesuatu lepas tk dapat hadir hari ini berjumpa Su4mi
Sebentar tadi kami melaporkan yang pengarah, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lepas. Puteri Sarah dikatakan tidak dapat hadir pagi tadi kerana ada urusan lain yang melibatkan kerjanya di luar negara dan mahkamah telah menetapkan tarikh baru untuk sebutan kedua tuntutan yang difailkan itu pada 8 Mei nanti.
Syamsul juga mengatakan yang dia terima dan reda dengan apa saja keputusan bagi Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes penceraian pada Isnin depan apabila ditanya pihak media. Buat masa ini, tiada lagi sebarang kenyataan daripada Sarah tapi dia ada memuat naik IG Story dengan meletakkan lagu dari Judika yang bertajuk Setengah Mati Merindu seolah merindukan seseorang ataupun sesuatu.
Aku merindukanmu, setengah matl merindu. Tidak tahulah apa yang mahu disampaikan Sarah menerusi lagu itu atau ianya hanya ‘random’ saja. Apapun, semoga yang baik-baik saja buat kedua-dua pasangan selebriti ini. Kita sebagai orang luar jangan jadi batu api. Apapun, biarkan mereka sendiri yang berfikir dan buat sesuatu keputusan.
Syamsul berkata, dia lebih senang tidak berkongsi apa-apa mengenai urusannya bersama keluarga, ternasuk ibu bapa dan anak-anak. “Pasal keluarga saya, tak perlu nak share everthing (kongsi segalanya) untuk diketahui semua orang. Setiap kali jumpa anak, takkan saya nak share (kongsi) di media sosial,” katanya. Dalam pada itu, Syamsul juga mengambil pendekatan tidak berkongsi di mana dia akan meraikan sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.
“Nak raya kat mana, itu rahsia saya. Apapun, saya tetap melihat ujian yang melanda ini sebagai satu reflek untuk memperbaiki diri. “Apa yang jadi dalam kehidupan ini saya reflek balik untuk muhasabah diri,” katanya hanya mampu bersangka baik diri dengan apa yang dilalui kerana Allah Maha Mengetahui.
Sumber : ohmedla