Walau bagaimanapun, tak kurang juga ada yang berpendapat ia tak sepatutnya dihasilkan kerana melibatkan sensitiviti dan isu rumah tangga individu lain.
Mengharapkan detik 7 Mac lalu sebagai pengakhiran buat kemelut dalam rumah tangga, namun Puteri Sarah Liyana akhirnya terpaksa jua menerima apabila proses prosiding tersebut malah berpanjangan pula.
la susulan si suami sama sekali enggan melafazkan talak lagi dan merasakan perkahwinan tersebut masih boleh diselamatkan. Masa tu tak buat laporan polls sebab sayang, Sarah tak nak bukak alb.
Susulan berita mengenai rumah tangga pelakon tersebut, memang ramai orang di luar sana terutama wanita yang tampil berikan sokongan semoga terus kuat untuk pertahankan haknya. Lebih mengejutkan juga apabila beberapa fakta lain turut didedahkan seperti Puteri Sarah rupanya dulu pernah dikasari sehingga bertindak keluar dari rumah pada tahun 2020.
Defendan mana defendan? Just let me go. Namun siapa sangka, seorang influencer yang bernama Puspa Gomen ini malah sempat melakukan satu parodi mengenai aktres tersebut di platform TkTok.
Dalam rakaman tersebut, wanita berkenaan dan bersama suami serta rakannya melakonkan semula watak ketika Puteri Sarah ditemubual di luar mahkamah sambil ditemani beberapa orang peguam.
Bila kepahitan orang lain dijadikan parodi. Gunakan kisah orang sebagai content…Tak tahulah mana letak empati tu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang akui parodi dihasilkan influencer tersebut memang cukup menghiburkan.
Walau bagaimanapun, tak kurang juga ada yang berpendapat ia tak sepatutnya dihasilkan kerana melibatkan sensitiviti dan isu rumah tangga individu lain.