“Sudah 3 tahun keluar rumah..” Syamsul Tunjuk Bukti Curang? Siapa Cabar Siapa? Suami Orang Tampil?
Pelakon, Puteri Sarah Liyana bertegas mahu berpisah dengan suaminya, Syamsul Yusof selepas sesi perbincangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal.
Memang nak bercerai. Memetik laporan dari hlive, Puteri Sarah menyatakan yang dia tidak mahu lagi berdamai dan memang mahu bercerai dan berharap sangat untuk dilepaskan segera kerana sudah penat dengan semua masalah yang dihadapi dalam rumah tangga.
Kalau tak ada cara lain, bakal guna khidmat hakam
Ujarnya lagi sesi mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlangsung secara berasingan dan dia sudah bercerita semua sekali berkaitan apa yang dirasai sepanjang melalui masalah antaranya dan suami.
Tegas Sarah, jika suaminya masih lagi tidak mahu menjatuhkan talak, dia bakal menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif terakhir bagi meletakkan tanda noktah dalam rumah tangga mereka.
Terdahulu, Syamsul Yusof yang ditemui ketika hadir ke Jawi untuk sesi tersebut meminta agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik bagi rumah tangganya bersama Sarah. Dia juga berharap agar dapat berbaik dengan pelakon itu dan berdamai.
Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan berlawanan dengan isteri pertamanya kerana Puteri Sarah ingin segera dilepaskan disebabkan pelbagai masalah yang sudah terjadi termasuklah dimadukan tanpa kerelaan
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin melalui proses penyelesaian Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti diputuskan Mahkamah Syariah yang bermula hari ini.
Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kira-kira jam 9.35 pagi, disusuli Puteri Sarah, yang ditemani adik perempuannya, Raja Sofea, kira-kira sejam kemudian. “Hari ini, kami jalani proses JKP. Semoga daripada sesi ini, Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.
“Saya difahamkan Sarah ditemani ahli keluarga. Tidak tahu lagi macam mana, doakan yang terbaik dan kita jumpa selepas ini,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di perkarangan JAWI, pagi tadi.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sumber : oh my medla