“Alhamdulilah dipermudahkan.. Saya mimpi… Lepas istiharah di madinah.. Mentua pula… ” Kembali pada Syamsul?… Tak sangka ini keputusan Puteri Sarah Selapas istiharah..
Tinggal beberapa hari menuju tarikh sebutan kes permohonan cerai, pelakon Puteri Sarah berharap dia akan dilepaskan secara baik oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 7 Mac ini.
Jelas Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat, 38, dirinya begitu yakin seratus peratus akan dilepaskan oleh suaminya itu yang juga merupakan seorang pengarah.
“Anniversary saya 8 Mac tapi dah tak rasa apa-apa, tetapi untuk sebutan kes di mahkamah saya mengharapkan saya dilepaskan, supaya saya boleh move on.
Serius saya katakan, pada 7 Mac ini saya ingin dilepaskan dengan cara baik, selesai dengan cara yang elok dan boleh hidup dengan haluan masing-masing dan sambung bekerja.
“Kalau tanya saya sejauh mana saya yakin akan dilepaskan, jawapan saya yakin seratus peratus akan dilepaskan. Saya harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya. Saya sudah tidak mahu hidup lama sangat macam ini,” katanya kepada Gempak.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonanya berjudul Andai Itu Takdirnya yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan dia turut meminta petunjuk daripada Tuhan dengan melakukan solat istikharah.
“Saya ada buat solat istikharah sewaktu saya di Umrah. Kadang petanda itu saya tidak nampak, kalau terima dalam mimpi saya bersyukur tetapi apa yang saya lihat Allah bantu saya setiap kali ingin buat keputusan, sangat dipermudahkan,” ujarnya.
Selain itu, Sarah turut berkata keputusan untuk minta dilepaskan oleh suami sudah pun dimaklumkan kepada keluarga mentuanya.
Apa-apa keputusan saya buat tidak pernah berselindung daripada keluarga mentua saya. Apa sahaja gerak geri saya mesti saya maklum pada mereka.
“Keputusan saya minta dilepaskan mereka juga sudah sedia maklum. Walaupun agak berat untuk mereka terima tetapi saya beritahu insyallah is tidak akan menjejaskan hubungan kami. Saya masih akan datang melawat mereka di rumah,” tambahnya lagi.
Tarikh sebutan kes permohonan cerai antara Sarah dan Syamsul bakal berlangsung pada 7 Mac ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
.Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar. Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam 5, dan Summayah 3.
Sumber : gempak