Sharul Kamal Bangga Isteri Berjaya Satukan Hubvngan Anak-Anak Jamal Abdillah “S4kit Sampai M4suk Wad Sebab Kerja Ker4s”
Sharul Kamal menzahirkan penghargaan buat isterinya Amilin Roszaimi yang bekerja keras dalam membantu pasangan adik-beradik Yamani Abdillah dan Zaki Yamani sepanjang menyertai program Famili Duo sehingga mereka bergelar juara.
Mengenang kembali perjalanan sepanjang lapan minggu program tersebut, Amilin yang juga merupakan seorang pegawai perhubungan awam sebuah syarikat rakaman jatuh sakit sehingga terpaksa menerima rawatan di h0spital.
“Tahniah isteri. Awak layak untuk kecapi saat juara ini. Berhempas pulas setiap minggu fikir cari konsep dan lagu… senang cerita dari A sampai Z.
Disebabkan Famili Duo saya sendiri jadi saksi awak bersengkang mata untuk per4h idea demi mahukan yang terbaik untuk Zaki dan Yamani.
“Sampai kena tahan wad gara-gara terlalu bekerja keras demi kejayaan adik-adik (Zaki dan Yamani) awak tu. Waktu ini (ditahan wad) Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya.
Sharul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 27, menulis perkara tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Tambahnya lagi disebabkan komitmen kepada kerja, mereka juga jarang berjumpa meskipun tinggal sebumbung.
Ada hari yang kita tidak berjumpa sedangkan satu rumah.
“Saya dengan kerja saya dan begitu juga awak. Alhamdulillah kita masih di track yang betul. Faham kerja masing-masing,” ujarnya.
Selain mengucapkan tahniah, Sharul juga memberitahu penglibatan isterinya menjaga Yamani dan Zaki telah berjaya merapatkan semula hubungan dua orang anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu.
“Paling penting sekali awak berjaya buat mereka bersatu. Awak berjaya buat hubungan adik dan abang itu bahagia. Itu paling bermakna,” jelasnya.
Sementara itu dalam temu bual selepas dinobatkan sebagai juara pada malam Ahad, Zaki meluahkan rasa syukur kerana Famili Duo telah mengeratkan kembali hubungannya bersama Yamani yang merupakan abang k4ndung tetapi berlainan ibu.
SUMBER:mstar online