“Maka bermula satu perjalanan….. ” – Pelakon Zamarul Hisham umum berita gembira.
Sambut Men4ntu Sulung, Anak Teruna Zamarul Hisham Selamat Bernik4h
Pelakon senior Zamarul Hisham berkongsi berita gembira apabila selamat menyambut men4ntu sulung selepas anak lelakinya, Izzat Haiqal, 24, bernikah dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Dina Zakirsa.
Berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya, Zamarul, 52, turut memuat naik sekeping gambar bersama pasangan pengantin dan isteri, Diana Rafar berserta ucapan kepada mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.
Tahniah Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri.
“Macam mana pun jalan yang bakal ditempvh, tempvhi lah dengan sifat bert0lak ansur, saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharm0nian dan kekal hingga Jannah.
“Papa and mama sayang kamu berdua,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, Zamarul juga dilihat sudah tidak sabar untuk menimang cucu apabila dia membalas salah satu komen yang ditingga4lkan di ruangan balas yang menyatakan aktor tersebut tidak lama lagi bakal menjadi atuk.
Malah, jelasnya umur hanyalah sekadar nombor dan tidak mengh4lang dia untuk terus bermain aplikasi TikT0k.
“Alhamdulillah, jadi atuk tak lama lagi,” komen individu tersebut.
“Walaupun jadi atuk, TikT0k tetap on. Umur hanyalah nombor,” balas Zamarul.
Sumber : Gempak