Ada Netizen Komen Mawar Karim Dah Tak Secantik Dulu, Sekali Beliau Balas Balik Memang Padu
Kuala Lumpur – Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim menafikan d.akwaan netizen dirinya tidak bahagia selepas berpisah dengan aktor tersebut.
Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim berkata, dia bersyukur dengan kehidupan sekarang apabila tidak perlu lagi berdepan dengan situasi duitnya lesap.
Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit sekarang tak habis lesap.
“Kalau banding dulu, faham sendirilah takkan nak kena cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu,” katanya menerusi satu coretan dalam ruangan komen Instagram.
Tambah usahawan itu lagi, dia kini bersyukur tidak lagi hidup diti.pu.
“Yang penting kita tak kena ti.pu atau diperguna selama ini pun alhamdulillah buat kita bahagia,” tulisnya bagi menjawab komen seorang netizen yang mend.akwa dia kelihatan tidak secantik dan sebahagia dahulu.
Mawar, 34, pada masa sama, menasihatkan orang ramai agar menyayangi diri sendiri lebih daripada orang lain.
“Apa pun nasihat saya jangan kasihankan orang, kas.ihankan diri sendiri kalau nak bahagia,” katanya.
Terdahulu, Fizo memaklumkan isterinya sekarang, Fazeera Nazri disahkan hamil lima bulan selepas bersalin anak pertama, Wan Khaleeda tujuh bulan lalu.
Sebelum bergelar suami kepada Fazeera, Fizo pernah berkahwin dengan Mawar namun berc.erai selepas 10 tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam.