Syamsul Yusuf Terperangkap Dlm Fail, Kali Ini Habislah Dia..Apa Yang Tidak Diinginkan Dah Terjadi
Kuala Lumpur: “Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul,” kata pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Video di bawah sekali..
Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad. “Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah yang tiba di Mahkamah Syariah pada jam 10.25 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz kelihatan gembira dan bersemangat. “Saya gembira dan bersemangat,” katanya yang mengenakan jubah hitam.
Puteri Sarah berkata, dia juga gembira apabila dua adiknya hadir menemani. “Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” katanya.
Selain dua adiknya, turut hadir adalah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah. Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes ibu kepada dua cahaya mata itu
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Sebelum ini, pengarah sensasi, Syamsul Yusof terus komited dalam menjayakan filem terbaharunya berjudul The Original Gangster meskipun bedepan dengan kemelut rumah tangga bersama isterinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Puteri Sarah.
Pun begitu, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @therockmalaysia30 di laman TikToknya, kelihatan beberapa pelakon terkemuka seperti Datuk Rosyam Nor sedang berada di set penggambaran bagi filem tersebut.
Para wanita sepakat nak boikot?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan wanita meluahkan rasa tidak puas hati mereka berikutan dengan isu yang sedang hangat berlaku sekarang dan membuat keputusan untuk tidak menyokong filem terbaharu pengarah terbabit.
Berbakat betul lah Syamsul ni!
Bagaimanapun, disebalik pandangan yang dilemparkan, ramai yang masih kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Syamsul bagi menjayakan filem tersebut.
Malah, netizen juga tidak menolak dengan kehebatan pengarah yang berusia 38 tahun itu dalam menghasilkan naskah yang terbaik dalam industri perfileman di Malaysia.
Difahamkan, filem aksi termahal di Malaysia itu menampilkan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T dan ramai lagi.
Terdahulu, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan dia sudah menikahi wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar di Thailand bahkan, isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah telah bernekad untuk memfailkan penceraiannya pada Isnin ini.
Sumber: TikTok @therockmalaysia30