“Sy Rasa Mahu Buka Tudung..”- Baru Je Selesai Buat Pembedahan Hidung, Ini Pula Berlaku Dgn Zarina Zainuddin
Kuala Lumpur: “Kepala saya sakit sangat sampai nak hantuk ke dinding,” kata pelakon, Zarina Zainuddin.
Zarina berkata akibat kesakitan yang dialami itu dia terpaksa menjalani pembedahan hidung yang dibuatnya atas alasan perubatan kerana masalah sinus dan migrain yang teruk.
Menerusi video yang dikongsi di laman instagram, Zarina berkata, dia juga sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk membuang bendalir di hidungnya itu.
Saya ada masalah sinus dan migrain yang teruk sampai tidak boleh bercakap. Masalah sinus ini membuatkan saya selalu berasa sakit kepala dan berasa nak marah saja. Saya berasa sangat sakit sampai mahu membuka tudung kerana sudah tidak larat kerana kepala saya sakit sangat,” katanya.
Justeru, kata Zarina, dia juga meminta mereka yang tidak tahu masalah dan keadaan sebenar dihadapinya supaya tidak memberi komen sesuka hati.
“Saya baca komen anda semua yang tak tahu menahu mengenai diri tapi menuduh saya macam-macam. Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus ‘judge’ jumpa saya untuk minta maaf.
Saya baca komen sampai asyik menangis dan lagi sakit kepala,” katanya.
Zarina berkata, anaknya, Azal juga mengalami masalah yang sama dengannya.
“Saya tidak sanggup nak ‘operate’ dia kerana keadaannya begitu. Jadi dia cuma makan ubat saja. Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya, tolong doakan saya.
“Sedapnya cakap hati orang terluka dan korang boleh ketawa ya?,” katanya.
Zarina berkata, dia juga tidak mahu keadaan hidungnya jadi seperti itu.
Perkongsian Zarina itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan kebanyakan mereka simpati dan turut mendoakan kesembuhannya.