Penyanyi ‘Mimpi yang tak sudah’ hilang suara dan derit4 pelbagai peny4kit serentak
Kuala Lumpur : Leher membengkak, hilang suara, kencing manis, d4rah tinggi, m!grain dan tahap k0lesterol kr!tikal.
Inilah masalah kesihatan yang dialami penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, sekali gus membuatkan kerjaya nyanyiannya terganggu. Ibnor ketika dihubungi berkata, dia mengalami masalah hilang suara dan leher membengkak sejak tiga bulan lalu.
Katanya, dia berjumpa doktor pakar dua minggu lalu dan dimaklumkan ada sel m4ti yang membentuk n4nah di dalamnya.
Saya nak buat pemb3dahan dan kena ambil d4rah. Rupa-rupanya saya ada masalah kencing manis, d4rah tinggi, migrain dan k0lesterol tahap kr!tikal.
“Namun, saya bersyukur buah pinggang dan jantung okey. Mula-mula bacaan gula dalam d4rah ialah 22. Sekarang menurun kepada 11.9,” katanya kepada Harian Metro.
Penyanyi yang popular dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dan Mimpi Yang Tak Sudah ini berkata, disebabkan masalah itu, dia terpaksa menolak banyak undangan menyanyi kerana kehilangan suara.
“Batuk tiada dan sakit tekak pun tiada tetapi suara dah macam bunyi itik. Jadinya dah tiga bulan saya tiada pendapatan. Memang saya sangat terkesan dengan kos perubatan yang dikeluarkan dan segala perbelanjaan lain.
“Perkara ini buat semangat saya makin merudum kerana saya adalah ketua keluarga dan semuanya dalam tanggungjawab saya,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dan Mimpi Yang Tak Sudah ini berkata, disebabkan masalah itu, dia terpaksa menolak banyak undangan menyanyi kerana kehilangan suara.
Sementara itu, pend3ritaan Ibnor turut dikongsi pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud di media sosial.
Fauziah atau Ogy berkata, Ibnor kini berdepan dugaan dengan pelbagai peny4kit yang datang dengan serentak pada masa yang sama iaitu tekanan d4rah tinggi mendadak, kencing manis dengan bacaan tinggi, migrain yang susah dikawal dan bengkak leher yang berpunca dari sel yang m4ti dan membentuk cecair n4nah yang perlu membuat pembedahan.
Tetapi terpaksa ditangguhkan atas nasihat doktor pakar, oleh kerana bacaan gula dalam d4rah terlalu tinggi. Maka dengan itu tidak dinasihatkan untuk menjalani pemb3dahan oleh kerana gula dalam d4rah terlalu tinggi buat masa ini.
“Kolesterol yang kr!tikal, buasir yang membengkak dan kehilangan suara. Allahuakbar…inilah yang dihadapi sahabat kita Ibnor Riza,” tulisnya.
Fauziah dengan rendah hati memohon kepada semua agar mendoakan yang terbaik buat Ibnor. Dia turut menyertakan nombor akaun peribadi Ibnor iaitu 114478024958 (Maybank) sekiranya ada yang mahu menghulurkan bantuan.
Sumber: www.hmetro.com.my
.