“Mesti svspek cuba cvlik bawa msuk kereta..”- Mohon Doakan Anak Azhar Sulaiman, Disahkan Ini Telah Berlaku
Pelakon Azhar Sulaiman berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya Kasih Leia Ixora mengalami pengsan di kawasan parkir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Azhar seperti meluahkan kebimbangan dengan keadaan anaknya yang dipanggil Kasih itu kerana dipercayai menghidap penyakit hipertiroid.
Kasih pitam kat ruangan parkir PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya… kalau tak mesti dorang suspek saya cuba culik Kasih papah bawak masuk kereta,” tulisnya semalam.
Beberapa hari sebelum itu, gadis berusia 21 tahun itu ada memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan dia baru selesai melakukan rawatan di bilik wad pusat perubatan berkenaan.
Video berdurasi hampir 30 saat itu memaparkan Kasih meluahkan rasa penghargaan kepada beberapa petugas PPUM yang merawatnya dengan penuh dedikasi.
“Ini lah puteri-puteri bidadariku (petugas) dekat wad prosedur khas. Beribu bintang untuk ini (rawatan). Terima kasih bossku,” katanya yang dilihat kurang fasih berbahasa Melayu.
Meninjau di ruangan komen, ramai mempersoalkan keadaan fizikal gadis berkenaan yang kurus dan kurang bermaya selain berkongsi pengalaman masing-masing dalam berdepan masalah hipertiroid.
Malah, segelintir individu turut menitipkan doa berharap Kasih diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.
Tiroid ni kelenjar utama pada leher
Semoga cepat sihat
Anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kerap menjadi perhatian netizen di laman sosial disebabkan kehidupan dan penampilannya.
Namun kali ini, anak perempuan sulung Azhar iaitu Kasih Leia Ixora pula yang menjadi perbualan hangat netizen selepas aktor itu memuat naik beberapa video gadis berusia 22 tahun itu di TikTok.
Rata-rata netizen memuji kakak kepada Leona itu dan berharap aktor tersebut lebih kerap lagi berkongsi video puteri sulungnya itu.
“Tolong kongsi lagi banyak tentang Ixora. Dia sangat cantik dan kelihatan manis. Selalu nampak Leona Saja.
“Dia sangat baik, terserempak dekat TTDI, dan dia tegur penampilan saya nampak nice. Saya suka cara dia bercakap.
“Kongsi fasal Kasih Leia Ixora lagi, saya suka dia,” komen beberapa netizen.