“Jangan Banyak Stresskan Otak” – Rahsia MeIissa Saila Kekal Cantik Dan Awet Muda Di Usia 50 Tahun
Siapa tidak mengenali pelakon yang sangat berbakat di awal tahun 90an, Melissa Saila.
Kecantikan wajahnya memang tidak dapat dipertikai sementelah mewarisi kejelitaan ibunya, Seniwati Mariani yang juga antara pelakan lama yang sangat berbakat.
Mula berlakon sejak diusia masih kanak-kanak, kini Melissa Saila masih kekal cantik dan menawan.
Ditambah dengan bakat berlakon semulajadi diwarisi kerana membesar dalam keIuarga seni Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Ketika ditanya oleh Nona apa rahsia kecantikan pelakon ini, Melissa Saila berkata sebenarnya dia tidak pernah terfikir, sebaliknya apa yang penting adalah minda yang sihat dan selalu positif.
“Saya juga nak ingatkan jangan banyak stresskan otak. Ini adalah antara petua untuk kekal sihat dan bertenaga hingga ke hari ini,” ujarnya juga begitu sinonim dengan drama CiIi Padi.
Membawakan watak sebagai Maria dalam drama yang mengumpulkan kanak-kanak sebagai watak utama, wajah Melissa Saila umpama tidak makan tua.
Selain itu, Melissa Saila juga sentiasa ingat akan pesanan yang diberikan oleh arw4h ibunya, Seniwati Mariani hingga ke hari ini.
Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat. Paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.
“Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga,” bicara Melissa yang turut memberi pesanan yang sama kepada anak-anaknya.
Melissa Saila atau nama sebenarnya Melisa Mohd Alias turut bercerita aktiviti dilakukan selama lebih 10 tahun bergiat aktif dalam penglibatan sebagai seorang Pengarah.
Melissa Saila telah mendirikan rumahtangga dengan Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Noor binti Megat Fauzi, 18 tahun, Zain bin Megat Fauzi, 16 tahun dan Zahrah binti Megat Fauzi, 13 tahun.
Sekadar info, Melissa Saila lahir 3 April 1972 merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.
Beliau merupakan anak kepada pelakon veteran Mariani dan anak saudara kepada Saloma. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak kecil sama ada dalam rancangan televisyen, filem atau pementasan teater.
Sumber Nona