“Dia berlakon bawah saya.. Jadi..” Tak sangka ini Kata dua Adik Syamsul Yusof pada Kazar Selepas Ira Menjadi punca Keretakan Rumahtangga abangnya..
SPEKULASI SUDAH BERNIKAH DENGAN IRA KAZAR – SYAMSUL TERUS BERDIAM DIRI, DATUK YUSOF HASLAM ENGGAN ULAS
Pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, ketika ditanya mengenai spekulasi dia sudah melangsungkan pernikahan dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar itu hanya membalas dengan emoji ketawa menerusi WhatsApp kepada wartawan.
Syamsul turut mengambil pendekatan terus berdiam diri walaupun ditanya mengenai pembikinan filem terbarunya, ‘The Original Gangster’, mahupun harapan dan azam tahun baharunya dengan kedatangan 2023.
Sementara itu, semakan di laman Instagram Syamsul, mendapati dia memuat naik video memaparkan seorang lelaki memandu laju sebuah kereta mewah yang mungkin salah satu pembikinan babak untuk filemnya.
Sejak semalam, spekulasi mengenai perkahwinan Syamsul dan Ira hangat diperkatakan selepas perkongsian dibuat isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, yang seakan memberi bayangan suaminya sudah berkahwin dengan Ira.
Puteri Sarah ketika dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan kepastian sama ada dia dimadukan atau tidak itu meminta Syamsul tampil memberi jawapan.
Tidak hanya Puteri Sarah, jawapan sama turut diberikan bapa Syamsul iaitu pelakon serta penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam yang enggan mengulas mengenai kontroversi membabitkan anaknya, namun meminta Syamsul yang menjawabnya sendiri.
Manakala, ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail menerusi Instagram miliknya pula ada berkongsi hantaran berunsur nasihat mengenai restu ibu bapa itu penting untuk doa yang berterusan buat anak-anak.
Melihat pada hantaran tersebut, Fatimah juga menekankan perkahwinan Syamsul dengan Puteri Sarah mendapat restu keluarga sepenuh hati. Katanya lagi, Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hati dan mereka telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata.
Terdahulu, Ira yang juga anak pelakon, Kazar Saisi didakwa menjadi ‘orang ketiga’ dalam konflik rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang dikatakan sudah lama tidak tinggal sebumbung.
Pada Jun lalu, Puteri Sarah juga memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira. Berdasarkan kenyataannya, Ira bakal diheret ke muka pengadilan menjelang Ogos tahun depan.
Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.