Budak Tertelan Bateri Yang Mɛletup Dalam Badan, Kini Bertarung Ny4wa Di Hospital
Seorang kanak-kanak lelaki yang leka bermain dan tertelan bateri, akhirnya mengundang padahh apabila bateri tersebut telah melɛtup dalam badannya.
Kanak-kanak yang bernama Dylan Alejandro yang baru berumur 2 tahun itu dilaporkan telah tertelan bateri, kejadian itu menyebabkan saluran esofagusnya terbakar dalam kejadian yang berlaku pada Oktober tahun lalu di rumahnya Cananea, Sonora barat laut Mexico.
Pihak keluarganya mengakui, semasa kejadian itu berlaku, mereka sama sekali tidak menyedari dan hanya mengetahuinya selepas melihat mangsa mula mengalami kesukaran bernafas. Selepas keadaannya mencemaskan, mereka terus bergegas ke hospital dan akhirnya mendapat tahu anaknya itu telah tertelan bateri dari pihak hospital.
Oleh kerana mangsa mengalami kecederaan yang agak teruk, kanak-kanak itu kemudiannya dipindahkan ke hospital lain yang terletak di ibu negeri mereka, Hermosillo. Ibu kanak-kanak itu yang juga ibu kepada 8 anak Nayeli Guadalupe Coronado Nino memaklumkan, anaknya itu mengalami luka melecur di bahagian esofagus dan salah satu paru-parunya telah mengalami jangkitan setelah bateri yang ditelannya itu melɛtup dalam badannya.
Dylan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 23 Oktober kerana darahnya tidak lagi memproses oksigen. Media negara itu memaklumkan, Dylan hanya dibenarkan menjalani pembedahan oleh pakar bedah sekiranya tahap oksigennya telah kembali stabil.
Disebabkan ujian yang menimpa kanak-kanak itu, keluarga Dylan terpaksa memohon bantuan orang ramai di media sosial untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan anaknya itu. Ini kerana mereka tidak mempunyai insurans kesihatan.
Bagaimana bateri boleh melɛtup?
Ramai yang tidak tahu sebenarnya bateri lama boleh mɛletup, apa jua jenis bateri boleh mɛletup dan disini dikongsikan kepada anda bagaimana untuk mengelakkan situasi ini berlaku dalam kehidupan anda.
Bateri boleh melɛtup akibat tindak balas kimia dan litar pintas akibat dari proses pembentukan gas bermula. Antara kaedah untuk mengelakkan bahaya kepada diri anda, sekiranya anda tidak lagi menggunakan bateri sila jauhkan dari anda dan anak-anak anda.
Sekiranya bateri tersebut adalah bateri telefon pintar yang tidak lagi digunakan, anda digalakkan mengeluarkan bateri tersebut dari telefon pintar. Anda dilarang sama sekali meletakkan bateri dalam api atau memanaskannya. Bateri juga tidak boleh bersentuhan dengan objek logam.
Bateri yang dicaj juga jangan dibiarkan dicaj terlalu lama, apabila telah mencapai 100%, sila cabut segera dari alat pengecas.
Tragedi yang menimpa Dylan ini cukup-cukup membuatkan para ibu bapa fobia untuk membiarkan anak-anak bermain bersendirian. Sudah menjadi tabiat anak kecil dalam usia 1 hingga 2 tahun, mereka sangat suka memasukkan benda-benda kecil didalam mulut. Ini kerana mereka sedang dalam fasa menerokai dunia yang baru bagi dirinya.
Menjadi tanggungjawab ibu bapalah yang sentiasa berwaspada dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak. Kita boleh mengelakkannya dari awal sekiranya kita berwaspada. Jangan biarkan barang-barang atau objek kecil mudah dicapai oleh kanak-kanak kerana mereka akan masukkannya dalam mulut.
Kejadian ini juga boleh dijadikan sebagai peringatan buat kita semua supaya sentiasa beringat sebelum kena. Janganlah nanti sudah terkena baru nak menyesal. Bateri yang melɛtup ini bukan perkara yang main-main, ia adalah bahan kimia yang boleh mengancam ny4wa sekiranya sudah berada dalam badan manusia. Sekiranya kejadian tidak diingini ini berlaku, maka segeralah dibawa ke hospital, selagi ianya tidak melɛtup, masih ada harapan untuk diselamatkan. Peringatan ini adalah untuk penulis dan para pembaca sekalian.