Tanah runtuh: 4 sekeluarga pergi bersama, rumah dipenuhi memori lukisan anak
Semua sedia maklum, sudah masuk hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) namun, mangsa terakhir tanah runtuh yang dipercayai merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang masih belum ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.
RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ADA DI BAWAH SEKALI
Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas itu telah mengorbankan sebanyak 30 individu setakat ini manakala 61 lagi terselamat.
Apa yang lebih menyayat hati, ruang keranda sekitar empat beranak itu dikelilingi dengan koleksi mainan dan lukisan dua beradik keluarga Lai itu bagi memperingati mereka.
Difahamkan juga, selain kehadiran Polis Daerah Alor Gajah, hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir ke acara pengebumian tersebut bagi memberi penghormatan yang terakhir.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan kejadian tragis yang menimpa keluarga tersebut dan turut berduka dengan pemergian mereka.
Malah, netizen turut menitipkan ucapan takziah buat waris keluarga atas kehilangan insan tersayang dan berharap terus diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.
“Allahuakbar..remuk jiwa kenang kejadian ini. Walaupun berlainan bangsa dan agama, kami sebagai rakyat Malaysia turut berduka cita.” – Ummi
“Berlainan bangsa dan brlainan agama, hati tetap pilu dan remuk..sejujurnya saya sedih sngat2..” – Asnita .
Sedihnya…walaupun kita berlainan bangsa dan agama …bila melibatkan nyawa dan kejadian macam ni sedih Sgt2. .semoga Ahli keluarga tabah hadapi semua ini ..” – Norizan
“Allahhuakbar walau berlainan bangsa dan agama mmg terasa kesedehan nya Ya Allah bole gugur jantong kalau kena kt family kita Allahhuakbar..” – Norsi
Tonton Video : SILA KLIK DI SI
Sumber: Facebook @Bernama, @China Press, TikTok @leeana_shop2NIah