Ridhuan Tee sahkan digam RTM, Iuahan Anak dapat pada perhatian Rmai
Ridhuan Tee sahkan digam RTM, Iuahan Anak dapat pada perhatian Rmai
Hari ini, kecoh di media sosial mengenai tangkap layar sebuah grup dari aplikasi WhatsApp mendedahkan penceramah tersohor, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah telah disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Anak kecewa bapa tak dibenarkan bagi ceramah. Malah, anak lelakinya, Dr Qarafi Tee turut meluahkan kekesalan apabila ayahnya tidak dibenarkan hadir memberi ceramah dalam program Forum Perdana Hal Ehwal Islam sedangkan sebelum ini tiada masalah.
Katanya lagi, ayahnya tidak dibenarkan berbuat sedemikian atas arahan daripada Menteri Komunikasi sendiri.
Luah kecewa & sedih, Ridhuan Tee sahkan digamkan RTM. Terbaharu, Ridhuan Tee mengesahkan sendiri dia digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai khabar tersebut.
“Betullah tu,”katanya apabila disoal menjawab tangkap layar tular di media sosial.
Malah, beliau turut kesal apabila kesal dan sedih apabila disekat menjadi panel dalam rancangan bual bicara popular setiap Khamis dengan membatalkan penampilannya.
Sekadar info, forum tersebut dijadualkan pada 9 malam ini turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli.
Ia sepatutnya disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad di Kelana Jaya, Selangor dengan tajaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan sedang menunggu maklum balasnya.
Sumber : ohmy media