‘Pergi’ Yang Indah Dan Dicemburui Ketika Mengimamkan Solat Jumaat
Perkongsian satu kisah kem4tian yang dicemburui hanya untuk insan yang terpilih dijemput dengan begitu mulia disisi-Nya iaitu semasa mengimamkan Solat Jumaat tidak berapa lama dulu.
K3mati@n yang indah sememangnya diinginkan oleh setiap yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Sepertimana k3m@tian yang berlaku terhadap seorang imam masjid di Thailand dipercayai telah m3ningg@l dunia ketika mengimamkan solat di masjid di Nakhon Si Thammarat.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ustaz Hanafi di Facebook, imam tersebut dilihat rebah ketika mengimamkan solat Jumaat pada 19 Mac lalu.
Pemergian imam itu juga dikongsikan menerusi Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si Thammarat.
Menurut kiriman tersebut, Allahyarham yang dikenali sebagai Imam Haji Hashim juga merupakan Timbalan Ketua Majlis Agama Islam itu. Pun begitu, punca k3m@tiannya tidak diketahui.
Ramai yang ‘cemburu’ dengan k3m@tian tersebut dan juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Cari husnul khatimah
Petikan dari laman berita Kosmo;
JIKA ditanya kepada seluruh umat Islam, peng4khiran bagaimanakah diinginkan mereka, pastinya menoktahkan sisa-sisa kehidupan dengan dakapan husnul khatimah antara diimpikan setiap muslimin dan muslimat.
Husnul khatimah boleh didefinisikan sebagai suatu kem4tian di mana penyudah kehidupan seseorang itu berada dalam keadaan terbaik selain dipeluk dengan keredaan Yang Maha Mencipta.
Sementara itu, Pegawai Zakat Bahagian Dakwah Am, Zakat Pulau Pinang, Muhammad Nazreen Aduan berkata, husnul khatimah merupakan satu kem4tian di mana ia mendapat rahmat, kasih sayang dan belas ihsan daripada Allah SWT.
Secara konsepnya, tanda-tanda seseorang itu mendapat husnul khatimah tidak dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran, namun dijelaskan menerusi hadis sahih yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
“Antara ciri-ciri seseorang itu disifatkan dengan peng4khiran husnul khatimah ialah bibirnya sentiasa bergetar dengan kalimah Allah di akhir hayatnya selain meningg4l pada hari Jumaat,” ujarnya.
Jelasnya lagi, sesiapa yang meningg4l duni4 pada hari Jumaat disifatkan sebagai peng4khiran yang baik berikutan terlepas daripada az4b kubur dan akan diterangi dengan cahaya-cahaya syurga.
“Ciri lain mendapat husnul khatimah antaranya dahi jen4zah berada dalam keadaan berpeluh di mana kem4tiannya berada dalam keadaan mukmin atau dipanggil sebagai sesuatu yang baik.
“Pun begitu, ia bukanlah menjadi kayu pengukur sama ada seseorang itu husnul khatimah atau sebaliknya dan kita tidak boleh katakan, jen4zah yang tidak berpeluh di dahi bukan peng4khiran yang baik,” katanya.
Menurutnya, kem4tian mendapat reda ramai seperti suami, ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan juga merupakan antara ciri seseorang itu didakap dengan peng4khiran yang mulia di sisi Allah.
Susulan itu, Muhammad Nazreen menasihatkan umat Islam agar sentiasa mendoakan dikurniakan husnul khatimah serta berterusan melakukan kebaikan supaya didakap dengan peng4khiran yang baik kelak.
Sumber: Ustaz Hanafi via siakapkeli via Kalam Indah & Kosmo
Sumber video: One News Channel Youtube