PENIAGA BUANG LEBIH 1 TAN DURIAN BERNILAI RM10,000 AKIBAT LAMBAKAN BUAH
PENIAGA BUANG LEBIH 1 TAN DURIAN BERNILAI RM10,000 AKIBAT LAMBAKAN BUAH
Seorang peniaga dan peraih durian di Felda Medoi di sini menanggung keru’gian lebih daripada RM10,000 kerana terpaksa membuang kira-kira satu tan durian pelbagai jenis ekoran lambakan raja buah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang.
Mohamad Fadli Mustapha, 42, berkata, tindakan itu dilakukan selepas buah durian bu’ruk dan ro’sak kerana bekalan tidak dapat dipasarkan.
“Lubuk pasaran durian di Lembah Klang sudah tidak boleh masuk sekarang ini kerana berlakunya lambakan durian.
“Minggu ini sahaja saya terpaksa buang lebih satu tan durian jenis kampung dan kahwin walaupun kami sudah turunkan harga,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
MOHAMAD FADLI menunjukkan harga durian yang semakin turun ekoran lambakan bekalan durian di Felda Medoi semalam.
Sementara itu, seorang pekebun durian di Pontian, Abdul Hadi Ahmad Sani, 43, berkata, harga durian kampung dijangkakan terus turun sehingga RM6 sekilogram.
“Sebelum beberapa kawasan di Lembah Klang dikenakan PKPD, harga durian adalah antara RM15 hingga RM20 sekilogram.
“Musim durian luruh ketika ini, memang berlaku lambakan bekalan di pasaran kerana durian tdk boleh dibawa keluar dari sini.
“Dalam masa sama, pembeli pula tidak boleh keluar untuk membeli durian seperti hari biasa.
“Sekarang harga sudah mula jatuh iaitu antara RM8 hingga RM10 sekilogram, para pekebun disini menjangkakan harga akan turun lagi sehingga RM6 sekilogram,” katanya.
sumber: rentas