Agak Strugle Juga, Kadang2 Saya Terlupa..”- Baru 2 Hari Kahwin, Suami Wany Hasrita Ceritakan Hal Ini..
Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.
Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.
Terdahulu, Wany berkongsi berita gembira dia bakal mendirikn rumah tangga dlam satu hantaran di Instagram pada lewat petang jumaat.
Wany sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumah tangga namun merahsiakan hal tersebut termasuk identiti bakal suami.
Suami Kerja Pilot
Difahamkan lelaki berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.
Berikut Sedikit Info Mengenai Wany Hasrita
Nama penuh: Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah
Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
Genre: Pop dan Balada
Pekerjaan: Penyanyi
Tahun aktif: 2016 sehingga kini
Syarikat rakaman: FMC Music
Single: Menahan Rindu (2016), Disana Cinta Disini Rindu (2017), Rintihan Rindu (2017) dan Ewah Ewah (2017)
Pencapaian: Menerima pencalonan bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH 3.0) bagi Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baharu Wanita Popular
Media sosial: Instagram @wanyhasrita, Twitter @shazwanyhasrita dan Facebook @wanyhasritaa
Fakta menarik
1. Single pertamanya ialah Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul (adik Achik Spin), iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Single keduanya pula bertajuk Rintihan Rindu.
2. Berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.
3. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perubatan di MSU Shah Alam.
4. Jumlah tontonan di YouTube bagi lagu Menahan Rindu adalah hampir 30 juta dan lagu Disana Cinta Disini Rindu pula adalah 12 juta.
Detik Perkenalan dengan suami..
Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam industri penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata, hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
” Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi.
” Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.
” Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat.
” Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram dan banyak berhubung di situ.
” Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends dan saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.
” Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami.
” Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya.
Dalam Video ini Suami dan Wany hasrita ada bercerita apa yang menarik dgn pasangan dan kisah perkenalan dengan Wany Hasrita
Dalam video ini wani hasrita dan suami masing2 menceritakan perkara menarik dalam diri mereka sehingga mereka berkahwin.
Suami Wani Hasrita turut beritahu yang dia agak struggel untuk dapatkan wany hasrita dan tidak mengetahui Wany adalah artis ketika itu
lihat video penuh dibawah..
Sumber: viral.info